Tuesday 25 March 2014

#MH370 dalam kenangan


Semalam i was so happy and bz assembling my new bed (of cos with assistance dari yang pakar.. harapkan me, mmg taklah!! ;p) Lepas tu bz kemas2, susun atur & do wat i tink nice utk my small room tu.. usai semuanya, turun kebawah then sempat lah kerling sekilas kat tv.. ehh, ada pengumuman dari PM on the missing flight.. berdebar2 hati.. Ya Allah, Ya Allah.. begitu sedih dan pilu menerima pengesahan berita tersebut. Akhirnya pesawat malang itu dikhabarkan berakhir di lautan luas dan terpencil.. it hurts, a lot!

Dalam beberapa minggu ini.. lebih kurang 17 hari.. 404 jam.. i always pray and hope for a miracle.. to have our #MH370 back home safe and sound. Penantian ini.. bak lautan yang tidak bertepi.. penuh sabar dan yakin bahawa semuanya pasti berlalu dengan baik.       
Namun, perkhabaran yang diterima ini begitu memilukan.. sungguh hati ini kecewa.. hilang rasa dan pertimbangan seketika seakan dibawa badai sekuat badai yang menghempas lautan hindi yang luas dalam dan terpencil itu.. Tuhan, kami percaya ada hikmah disebalik kejadian ini.. tabahkanlah hati kami menerima ketentuan ini walau sesukar apapun ia.


sedih.. kecewa.. namun inilah hakikat yang perlu diterima. duhai hati, bertabahlah dikau.. kuatlah dikau menongkah arus.. ini ujian buat negaraku bernama Malaysia.

AND... Dear Indian Ocean, please be kind to our #MH370 ;(



No comments:

Post a Comment