Wednesday 16 November 2016

I RUN I WALK I RUN AGAIN (^-^)


hai readers.. lama kan kakak tak post anything kat sini.. tenggelam timbul kejap2 lepas tu tenggelam sepanjang tahun.. hehehe (kakak memang tak consistent dik!)

hobi kakak yang tak lah baru sangat ialah berlari.. omputih cakap running, cuma kakak taklah tahap masuk marathon tu.. kalau ada marathon pun tahap kakak tak sampai lagi yang half-marathon (21km) tu.. stamina takde, almaklum.. kakak punya tahap ketahanan setakat ini hanya up to 10km ke bawah.. hehehe

so setakat hari ini adalah few events (yang masih boleh kira pakai jari) kakak dah joint tapi kakak tak sempat nak share.. seronok tu seronok la.. lepas tu sakit kaki 2-3 hari.. kira taklah berstamina sangat kakak ni.. huhh

recently kakak joint JB Engineers Run 2016.. yang ni baru lagi.. last saturday 12.11.2016 hari tu.. nak joint dari tahun lepas lagi tapi sebab masa tu kakak baru habis larian lain jadi kakak KIV dulu.. dapat tahun ni, terus kakak enter diary.. haa, gituuu

untuk event tahun ni, larian diadakan di Austin Heights Water & Adventure Park dan ada 2 kategori larian iaitu 7km & 3km (last year 10km kot) jadi kau rasa kakak yang dah setahun tak lari ni nak lari yang mana? tahap yang paling mudah sekali dik.. ye, betul.. hanya 3km sahaja.. hahahaha.. ehh, 3km pun jauh tau untuk beginners atau pelari suam2 kuku macam kakak ni.. mampoo? hehehe

kakak ni memang excited nak berlari.. jadi lepas subuh tu terus kakak keluar rumah, subuh kat johor sekarang 5.29 pagi dik, tak pernah kakak pergi keje pukul 6 pagi.. ni sebab nak lari, kakak kuatkan semangat.. cheewahh   ðŸ’ªðŸ’ª    ðŸ’ªðŸ’ª     ðŸ’ªðŸ’ª

organizer kata 6.30 kena berkumpul dik, lepas tu pukul 6.45 pulak katanya.. kakak biasa dah lari2 ni.. jadi memang kakak datang awal.. lepas tu ada pulak opening speech, ada pulak aerobic session.. pasrah dah kakak rasa bila kena lari waktu matahari dah terbit.. ko paham tak dik, macam mana sedihnya muka kakak.. haa, macam dalam gambar ni.. hmmmmm **my lucky number that day is F4134**

bila dah terang, tak lalu nak lari dik, panas kot.. kau kena struggle antara larian & panas matahari tu.. jadi penat dia bertambah2.. walaupun setakat 3km jek    ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ 
Tapi.. kakak sedih masa tu je, lepas flag-off ko rasa macam mana rupa kakak? concentrate jek lari tu dik.. target kakak biasanya tak lah tinggi sangat.. cuma selalu kakak akan pastikan  sampai finishing line & jangan jadi yang paling last habiskan larian.. wajib tu! untuk rekod larian kali ni, kakak rasa baik sikit sebab kakak lari tak sampai setengah jam dah habis.. selalu kalau kakak lari 10km.. rekod paling baik pun cuma 1jam 45 minit.. ada sekali tu 2.5km kakak buat sampai 1jam (gile siputtt.. ni lari ke jalan kaki? hahaha)


ini masa flag-off,bersemangat kakak di situ.. kihkihkih 








Perasaan bila dah sampai finishing line, pastu dapat medal, dapat goodies bag, dapat kepuasan & kepenatan.. ehh!! hahaha







rupa medal yang kakak dapat hari tu.. yeayyyy!! kakak dapat kumpul medal.. hehehe
🔜 kakak nak lari lagi untuk countdown pulak.. nanti kalau kakak tak lupa kakak update kat sini.. till then, happy running guys! 💋