Wednesday 5 March 2014

Bekal Makanan & Orang Tua Saya

ehem.. ehem.. cubaan2.. cubaan 1, 2, 3.. ehhh macam nak test mikrofon jek kan?? macam lah nak bagi speech lagaknya.. ekekeke *terimbau kenangan bagi speech masa zaman2 lps SPM dulu.. konon2nya nak motivate adik2 junior lah kan.. lucu pun ada kalau diingat2 kembali.. hmmmm, boleh senyum sorang2 cik yan kalau ingat hari bersejarah tu.. hehehe

Hari ni cik yan bawa bekal ke ofis.. sbb byk perkara nak diselesaikan jadi tak sempat nak keluar lunch.. simple sgt pun my lunch box ni.. cuma ada nasi putih segenggam.. telur mata sebutir dan bendi yang digoreng bercili (*tak berapa pedas & masak sendiri ye! poyo.. hehehe) so bila lunch hour tak keluar ni, ada la masa nak godek2 fb masa makan kan.. terbaca post saudara Saiful Nang yang tajuknya berkisar tentang motivasi diri.. juga cerita dirinya yang terkenal dengan bekas orang susah yang sangat merendah diri.. cik yan tak brp bijak nak link kan bacaan tu kat sini.. harap maaf ye.. sila gugel sendirik.. hehehe

Oklah, apa kaitan cerita Saiful Nang tu dan N3 cik yan kali ni kan?? kena mengena ke?? memang takde kena mengena langsung tapi cerita org susah ni rasanya ada menyangkut juga dengan diri sendiri juga bekalan yang di bawa hari ni (*rasa bendi goreng cili ni plain mcm rs nasi goreng mlm tu - hanya ada cili kering dan bawang). Bekal yang warna warni ni baru usai di cuci ye.. terlupa nak snap gbr before menyantap sbb tkde niat pun nak upload kan.. cm lps bc coretan Saiful Nang tu baru teringin nak bubuh N3 utk hari ni.. hehe
Dulu-dulu, kami bukanlah orang senang.. sekarang pun taklah semewah mana cuma alhamdulillah kehidupan lebih baik dan selesa sesuai taraf orang sederhana dan kebanyakan seperti kami. Kalau dulu bukan sahaja air dicatu (walaupun tiada krisis air macam sekarang.. hehe) malah makan juga terpaksa dicatu.. almaklum, kami 10 bersaudara dan makan hanya untuk isi perut dari kelaparan bukan makan sampai kenyang. Zaman itu, mmg tiada pembaziran.. malah tiada istilah "lauk semalam" di rumah kami. Tapi zaman itu penuh riang dan tiada kerungsingan.. ye, zaman itu.. zaman yang penuh coretan dan suka dukanya sendiri. Seperti saudara Saiful Nang, cik yan juga anak jati tanah rancangan atau nama glemernya FELDA.. zaman dulu FELDA yang anda lihat tak mcm skrg ni.. zaman dulu, rumah FELDA hanyalah rumah papan 1 bilik dengan 1 ruang tamu dan bahagian kecil untuk dapur.. tiangnya 4 atau barangkali lebih.. bila siang panas membahang sehingga tak sanggup duduk dalam rumah, kalau malam pula?? hmmm.. menggigil cari selimutlah!! hahahaha *banyak sgt kalau mahu cik yan ceritakan kat sini.. berjela2 panjang cerita kehidupan kami anak beranak kan?? hehehe

Oklah, pada suatu ketika.. masa tu cik yan umur 11 ke 12 tahun.. can't really recall.. cm boleh ingat itu adalah antara detik yang sgt menyentuh hati.. ye.. sangat menyentuh hati.. hati cik yan lah! kann?? oleh sebab ms tu susah.. abah ambil upah bawa kereta sapu.. mak pulak keluar bekerja kilang (*masa tu mak ambil shift petang masuk pukul 3 ptg balik pukul 11 mlm dgn jarak pergi dan balik lebih dari 5 jam dan upah atau gaji bulanan sebanyak RM300) jauhnya mak bekerja sehingga ke bandar JB.. itu pengorbanan mak utk kami dan kami seolah2 faham kesukaran hidup, sebaik mungkin menjaga diri kami adik beradik bila kedua2 org tua keluar bekerja.. tiada nanny, tiada babysitter.. tiada penjaga.. kami hidup sgt berdikari.. ye, dan cik yan in-charge utk jaga adik2.. sbb cik yan anak ke-3. (*mulut2 jiran tetangga tak usah cakaplah.. mengata pokpek pokpek & ada yg gelar kami anak terbiar.. huh! ada aku kesahh?? tak kuasa melayan diaorg!) Along dan Angah ms tu dah duduk luar dan dh ada family sendiri.. so kenalah cik yan belajar memikul tgjwb sbg anak yang baik kan? hmm.. baiklah sangat!! hehehe
Oklah, berbalik pd cerita cik yan.. seminggu tu.. abah demam jadi tak blh keluar cari duit belanja lebih.. harapkan duit gaji FELDA ms tu mn cukup kan?? kalau dapat gaji 2, 3 ringgit mcm mn nak survive.. ye tak??
Satu mlm tu cik yan beritahu abah takde apa nak dimasak.. cuma ada beras 2 pot, cili kering 2, 3 tangkai dan bawang merah beberapa ulas.. ye, dan cik yan menangis ms tu.. sbb mmg rasa ssh sgt.. adik2 lapar.. abah yang tgh demam juga perlu makan.. masa tu mak blm blk kerja lagi, bl blk nnt.. mak pun mesti nak makan kan?? buntu sekejap.. tiba2 abah yang memangku adik bersuara.. "kakak masak nasi goreng je.. esok abah keluar kerja nnt blh beli lauk dan brg dapur".. ringkas tapi padat dan sarat. Sedih, btl2 sedih.. Malam tu cik yan masak nasi goreng cili kering (*tumbuk guna lesung batu yang tangan boleh pijar2 tu ye.. hahaha) untuk alas perut kami anak beranak.. berkat agaknya.. kenyang sangat.. jd lps makan tu masing2 terus tido.. sbb zaman itu juga malam kami diterangi lampu generator yang akan dimatikan apabila tepat jam 11 malam.. lps tu bergelap lah kan.. pasanglah pelita minyak tanah.. sekian.. hehehe

Selepas peristiwa mlm tu, abah tak pernah TAK PERGI kerja walaupun demam.. abah tak pernah TAK BAWA lauk pulang bila habis menghantar orang.. apa yang pasti abah TAK PERNAH bagi kami rasa lapar lagi.. dan masa tu berlalu begitu saja.. tanpa sedar.. cik yan membesar dgn sihat, berjaya menjadi pelajar cemerlang, berjaya menamatkan pengajian di universiti dan sekarang berdiri atas kaki sendiri a.k.a BERDIKARI

Cerita cik yan tidaklah sehebat cerita org lain.. tapi cik yan percaya setiap dr kita punya sisi kehidupan "suatu ketika". Kehidupan ini mmg satu rahmat and i really feel blessed with whatever i have.. that is Y.. i live to cherish & treasure.. cik yan really mean it!! ;)

Kat atas tu cik yan sisipkan gambar2 manja cik yan (*manja?? hahaha) dengan kedua ibu bapa cik yan yang amat disayangi dunia akhirat.. Terima Kasih Tuhan! 

No comments:

Post a Comment